Tiga hari Iman menemani ustaz Fakhrul, keadaannya semakin tenat dan perginya pulang menemui Pencipta dengan penuh ketenangan dan waktu itu Iman ada menemaninya di sisi. Perginya seorang khalifah Allah diiringi oleh ribuan umat manusia yang berebut-rebut untuk mengurus dan mengusung jenazahnya. Begitulah adatnya muslimin di tanah suci. Masing-masing berlumba untuk mengejar jaminan di akhirat. Alangkah baiknya jika aku boleh turut serta mengusung jenazah… Iman cuma mampu mengiringi pemergiannya dengan doa yang takkan ada penghujungnya selagi hayat dikandung badan.
********************
Iman pulang ke tanahair dengan sebuah penyesalan. Dia menyesal, insan sebaik ustaz Fakhrul pergi terlalu awal sedangkan masih ramai yang memerlukannya. Seminggu kemudian, Iman
“Assalamualaikum… Nurul Iman. Ana pasti, apabila Nurul Iman melihat rakaman ini, ana sudah pergi menemui Pencipta kita…
Terlebih dahulu, ana ingin memohon ribuan kemaafan kerana pernah wujud dalam kehidupan Nurul Iman tanpa Nurul Iman sendiri menyenanginya. Mungkin kedatangan ana ketika itu tidak kena pada masa dan tempatnya. Namun itulah yang dikatakan takdir, pertemuan dan perpisahan adalah atas kehendak-Nya. Ana yakin, ada hikmah di sebalik semua yang telah terjadi.
Ana terlihat jalan hidup Nurul Iman sedikit tersasar. Dari situlah ana
Nurul Iman, pernah sekali ana melamar Nurul Iman dan Nurul Iman menolak ana. Ana terima dengan hati yang terbuka. Fitrah manusia, inginkan seorang teman yang boleh menemaninya siang dan malam, waktu suka dan duka. Ana cuma manusia biasa dan seorang lelaki. Tapi ana sedar, jarak umur 12 tahun antara kita menjadi salah satu sebab mengapa Nurul Iman sukar menerima ana. Ana maklum perkara itu. Ana mohon kemaafan sekali lagi.
Ana pernah
Nurul Iman, redhakanlah pemergian ana. Maafkanlah segala tindakan dan kata-kata ana yang pernah menyentuh hati Nurul Iman. Semoga Allah permudahkan perjalanan ana di alam baqa nanti.
Akhir kata, salam penuh kemaafan dari ana, Muhammad Fakhrul Al-Madaniy. Wassalam.”
***********************
“Ya Allah… sungguh besar ujian-Mu ini buatku, hamba-Mu yang terlalu lemah ini. Apakah ini satu nikmat dari-Mu, buatku merenung kembali kesilapan lalu. Astaghfirullah, kehidupanku yang lalu penuh dengan dosa. Ampunilah dosaku ya Allah.
**********************
“Umi, Fakhrul tanya sikit kat umi boleh?”.
Fakhrul duduk di hadapan Iman yang baru sahaja selesai berdoa selepas solat Subuh. Wajah Iman tetap ayu tidak dimakan usianya yang telah menjangkau 45 tahun. Iman tersenyum memandang anak terunanya yang baru sahaja habis pengajian di sebuah IPTA.
“Hasrat umi nak Fakhrul mendalami ilmu agama dah tercapai. Umi nak Fakhrul belajar di Madinah. Bibir umi pulak tak pernah lepas dari menyebut nama tanah suci tu. Kenapa mesti Madinah, umi?”, tanya Fakhrul.
Dia membalas renungan Iman. Iman diam merenung mata Fakhrul. Otaknya ligat memikirkan jawapan terbaik buat Fakhrul. Dia cukup maklum dengan soalan Fakhrul. Mustahil Fakhrul tidak tahu keistimewaan tanah suci itu. Fakhrul
“Umi tak nak Fakhrul sia-siakan kehidupan Fakhrul. Umi nak Fakhrul bawa balik sesuatu dari Madinah nanti. Mungkin juga utusan kasih dari Madinah al-Munawwarah.”, jawab Iman.
Fakhrul mengangguk. Dia tidak akan memaksa uminya untuk berterus terang. Apa yang cukup diyakininya, dia pasti akan menemui jawapannya di
Kuala Lumpur Time