Setelah doktor mengesahkan Iman sihat sepenuhnya, dia terus menuju ke pejabat ustaz Fakhrul dengan ditemani mamanya. Naskhah al-Quran pemberian ustaz Fakhrul tetap rapi dalam simpanannya. Kerana itulah, sebaik sahaja dia dibenarkan keluar dari hospital, hatinya meronta-ronta untuk menemui ustaz Fakhrul.
“Cik Aida, boleh saya jumpa dengan Ustaz Fakhrul?”, tanya Iman.
Gadis bertudung labuh itu terpaku seketika. Dia memandang Iman,
“Cik Aida, saya Nurul Iman dari Fakulti Perubatan. Iman… setiausaha agung MPP… Jangan kata cik Aida tak ingat saya pulak.”
“Iman? Ooohhh Iman… saya ingat dah. Alhamdulillah, Iman dah banyak berubah sekarang. Err… Iman tak tau apa-apa pasal ustaz Fakhrul ke?”, tanya Aida.
Hati Iman berdebar. Dahinya berkerut, meminta penjelasan dari Aida. Mungkinkah ustaz Fakhrul dah balik ke Madinah? Dan sebab itulah dia tidak menjenguk Iman…
“Ustaz Fakhrul dah balik ke Madinah.”, sambung Aida.
“Hmm…memang betul la sangkaan aku. Dia tipu aku… tapi aku rindukan dia… Kenapa dia balik ke Madinah tanpa pengetahuan ku…”, bisik hati Iman.
“Dah lebih enam bulan dia balik ke
Iman tunduk menggigit bibir. Darahnya terasa naik ke muka, bulu romanya meremang.
“Tapi cik Aida….”, kata-kata Iman terhenti.
Dia menggeleng kepalanya. Aida tak perlu tahu apa yang terjadi.
Perlahan Iman keluar dari bangunan Pejabat Pentadbiran Fakulti. Airmata yang mula bergenang,
Iman mengadu pada mamanya. Dia menceritakan segalanya. Cukup bertuah Iman memiliki ibu sebaik mamanya. Dengan bantuan dari rakan aruah papanya, Iman bertolak ke Madinah diiringi oleh sahabatnya Farin.
Kakinya melangkah lesu masuk ke wad kanser. Matanya liar mencari bilik yang dimaksudkan jururawat yang bertugas. Namun dia hampa apabila katil yang dimaksudkan sudah pun kosong. Cuma sebuah lagi katil masih berpenghuni. Tiba-tiba pemuda yang baring di katil tersebut menegur Iman. Iman menoleh lesu ke arahnya. Dia memperkenalkan diri dengan nama Bada, pelajar
“Cik Iman, ustaz Fakhrul dah dipindahkan ke ICU tiga minggu lepas. Tak silap saya, bertepatan dengan tarikh maulid nabi. Dia mengalami sesak nafas dan kesakitan yang teruk. Saya sendiri tak sanggup melihat keadaannya waktu tu.”.
Iman menarik nafas panjang. Tarikh itu sama dengan tarikh dia menerima naskhah al-Quran dari ustaz Fakhrul. Apakah maksud di sebalik semua ini…
“Ustaz Fakhrul ada cakap pada saya, mungkin dalam bulan ni, awak akan datang. Yang buat saya pasti, ustaz Fakhrul kata, takkan ada orang lain yang akan datang mencarinya selain awak. Tentu awak betul-betul istimewa dalam hidup dia
Bada merenung Iman. Iman diam lagi. Hatinya tambah sebak mendengar kata-kata Bada. Dia memandang Farin di sisinya dengan penuh tanda tanya dan tidak mungkin juga Farin dapat memberikan jawapan.
“Saya juga kagum dengan kekuatannya. Selama dia di sini, saya tak pernah dengar dia mengeluh. Bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan menyebut nama Allah. Satu rahmat buat sesiapa yang mengenalinya, lebih-lebih lagi awak.”.
Bada tersenyum pula.
“Ya Allah, ujian apakah yang Kau beri padaku ini…”, bisik hati Iman.
Jantungnya berdegup kencang, lebih kencang dari tadi.
“Dari ceritanya, saya tahu dia begitu menyayangi awak. Dia kata, sebelum ni awak tak bertudung. Sikap awak jauh berbeza dari yang ada di depan saya sekarang ni. Tapi dengan yakin dia mengatakan, awak akan berubah. Awak dah buktikan, kata-katanya adalah sebuah kebenaran.”, sambung Bada.
“Dia ingin saya sampaikan rakaman kata-kata ni pada awak. Waktu tu, dia masih dalam peringkat awal kimoterapi.”.
Bada mengambil sesuatu dari laci kabinet di sisinya dan menghulurkannya kepada Iman. Iman menyambut perlahan iPod Sony dari tangan Bada.
“Ini hak awak. Saya dah penuhi amanahnya. Saya juga boleh pergi dengan tenang…”, ucap Bada sambil matanya merenung jauh ke luar tingkap.
Setelah mendapat kebenaran dari doktor yang merawat ustaz Fakhrul, Iman berjalan tenang menuju ke ICU. Dia kini merenung sekujur tubuh yang terlalu lemah terbaring dengan tiub-tiub halus melingkari tubuh. Iman merenung wajah ustaz Fakhrul. Dia kelihatan tenang dan ada senyuman terukir pada bibirnya. Inilah wajah hamba Allah yang punya kualiti iman yang cukup jitu. Iman sedikit terkilan kerana tidak dapat berbicara dengan ustaz Fakhrul. Terlalu banyak soalan yang perlu dijawab oleh ustaz Fakhrul.
Hidupnya sebelum ini yang penuh kekalutan, kegelapan, mula tenang dan bersinar dengan kehadiran dan kasih sayang ustaz Fakhrul. Hatinya turut terisi dengan kualiti iman yang tak ternilai. Namun dia terus keliru dengan perasaannya ketika itu. Dia mengaku, dia sudah mula menyayangi ustaz Fakhrul. Namun, hakikatnya ustaz Fakhrul yang menemaninya hanyalah pada bayangannya sepanjang dia di hospital. Ustaz Fakhrul tidak pernah bersamanya sepanjang waktu itu… Tetapi, bagaimana naskhah al-Quran itu ada padanya, tetap menjadi tanda tanya.
Kuala Lumpur Time
No comments:
Post a Comment